Thursday, July 7, 2011

. Kalau facebook tak wujud ? .




Hampir tiap hari Janie bace journal pasal facebook
membaca pon ala kadar jer,
sebab research yang dibuat amat la pening.
siyesly pening walaupon saya pengguna internet yang tegar
namun apabila berbicara tentang research mmg pening la kan?


Newey post ini bukan la nak cakap pasal bace journal
it just tetibe terfikir sejenak ..
bagaimana dunia tanpa facebook?
well dibawah adelah beberapa pendapat janie la..
you guys boleh add some more if you guys nak ...


Kalau facebook tidak wujud ...

1. Tiadalah lawak menggunakan button "like"
- Haaa biasela, now nih segala statement yang disukai akan disusuli dengan perkataan "like" . Bukan setakat statement dalam facebook. Statement verbal pon nak disusuli dengan "like" .

Contohnya:
Minah: Aku rasa telinga aku besar sebelah
meon: like like .... (sambil tangan menunjuk tanda gOod )

Adakah korang mengalaminya atau aku jer yang melaluinya? pedulik la *sambil bersiul*




2. Semua kerja akan siap dengan cepat
- Bila ade facebook nih memang semua orang akan spend most of their time dpn PC la kan? Dari kerja yang boleh siap dalam masa 20 min akan meleret sampai 2jam. Tipu la cakap statement nih xbetol. Sebab rata-rata student time nak final, time nak buat FYP kebanyakkan status tuka jadi " saya nak exam besok, tapi layan facebook je lebih " .. dan ayat-ayat lain sekutu dengannya ..

Takyah nafikan, sebab saya pon begitu juga. Sampai sanggup puasa facebbok sampai habes exam.



3. Segala perasaan , hanya kita je yang tahu .
- Biasela, kat status facebook agak-agak la semua nak update kan? . Pasai bengang, sakit . OK tipu la kalau tak pernah terfikir nak meluahkan kat status. Saya pernah jugak kot? Kalau takde facebOok, sure perasaan tuh hanya kita je yang tahu dan orang yang rajin nak di call je akan tahu . Dengan adanya facebook, pukul 10a.m kita update status jatuh longkang, 2 minit selepas itu seramai seribu orang yang online & friend dengan kita akan tahu kita jatuh longkang . dan 10 minit selepas itu beberapa respon akan masok .



4. Kurang kawan.
- Have to mengaku la. dengan adanya facebook nih, memang makin bertambah la ramai kawan-kawan nih. Semua pon jenis nak add. Nampak yang cool jer nak add. Dengan pendapat bahawa kalau aku add orang-orang hensom/ jelita tak semena aku pon nampak lebih cool (eh yeke?) . Ada yang nak cari pasangan melalui facebook? yerp diakui facebook adalah satu jaringan sosial yang hebat dalam mengikat satu perhubungan . Tak percaya? Saya pernah mengalaminya . *tunduk malu *



5. Susah nak berhubung dengan teman lama
- Dengan wujudnya jaringan sosial mcm nih, lagi senang kita nak mencari teman-teman lama. Bukan setakat itu , nak cari pak sedara ke? ketua kampung ke? anak ketua kampong ke? senang jer... type their name and ZAAAPpp ! dah jumpe . Saya juga begitu. Tanpa facebook, kemungkinan group SRKJB(2) takkan wujud dan mungkin juga mmg lost hubungan dengan mereka. Namun dengan facebook kiterang kembali rapat dan beberapa gath telah dijalankan ... dan seperti biase, saya sebagai organizer la kene menjalankannya :)



6. Kurangnya madah pujangga
- berbalik pasal status. dengan adanya status facebook, semua pon jadi sangat puitis. Status yang diupdate kadang-kadang disusun rapi ayat bagi sedap agar mendapat button "like" . Status pon nak gempak jer. English, malay.. semua sok sok ibarat ahli pujangga yang bagai dalam hati ada taman. Pelik? ini benar kot? sebab saya salah seorang. Namun takde la SENGAJA nak membuat begitu. It just somtimes idea datang dan takleh nak disangkal. Tiadak la pula saya browse internet cari qoutes cecantik dan claim sendiri punya .. totally not me kot mcm tuh ? . Nak buat boleh, tapi jgn perasan sendiri yang kuarkan madah tuh , acknowledge la pengarang weiii ~! .



Ohw banyak lagi la.. it just yang lain terlalu sensitif dan melibatkan terma-terma yang mungkin
anda semua tak paham kerana ia melibatkan "psikologi" . Hope to share more soon. But what eva jangan terasa hati atas penulisan diaatas. Saya mengaku saya ade kesemua diaats itu yang saya tulis disini. Kerana ianya benar-benar berlaku dan hasil pendapat saya. Newey if ade yang rasa nak tambah atau kritik, please do . Its a open discussion for all :)


Diakhirnya dapat disimpulkan bahawa, Facebook dah menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Nak lari, nak sorok tak boleh. So? gunakan sebaiknya okeh :)

2 comments:

  1. lepas ni Google+ plak
    zaman dah berubah
    Facebook dah ketinggalan zaman kecuali diorang mampu compete


    err... keja aku lambat siap ni. chau cin cau

    ReplyDelete