..di pagi ahad,
sang ibu membawa anak-anaknya pergi ke Masjid
untuk mendengar ceramah agama
niat si ibu untuk mendidik anaknya...
Masjid itu terletak di Bangi,
Masjid An-Nur .
Selepas sejam ceramah berlangsung,
setelah beberapa kali Masjid digegarkan
dengan gelak tawa dan suara si ustaz...
tiba-tiba ustaz menyelip masuk bab "amy search"
pertemuan beliau dan amy search.
bercerita bercerita..kemudian ustaz berbicara
tentang unsur keislaman dalam lagu rock .
ustaz kemudian menyanyikan lagu " Di pintu mahligai"
memang terbaik. sedap ok ! .
then beliau sempat mentafsir beberapa rangkap dari lagu itu
cOntoh yang diberikan
Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan
Apabila kita kesorangan,
bertahajud, bermunajat...
kita dapat merasakan gelombangnyaa
kewajipan kita menyintai Allah S.W.T,
ketaqwaan kita, kecintaan kita kepadanya
tak dapat diungkapkan dengan perkataan ....
Tika fajar menyinsing
Kusentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saaat menjadi nyata
Bak kata ustaz, rangkap ini menceritakan
dikala fajar menyingsing ... kita mendirikan solat subuh .
Haih~!
kita mungkin tak pernah melihat dan menghayati
lagu-lagu mendalam seperti ini .
sedangkan ayat-ayatnya satu persatu membawa
tafsiran mendalam kan?
papepon, ustaz kata amy search and duet ngan maher zain
end of this month . cant wait la ~!
PapepOn,
maru mula melihat keindahan kehidupan
dari segala sudut ..
kerana tanpa kita sedari, kehidupan ini amat indah :)
0 comments:
Post a Comment