Tajuk post : Nasi itu digoreng ....
(sila sambugkan ayat ini )
Pelik, kenapa nasi goreng di panggil
"nasi goreng" dan bukan "
Nasi di-goreng" atau
"nasgor" macam bahasa orang indonesia? Sedap sikit bunyi bila nak mengOder ..
Pelanggan: .. Bang~! Nasi
d-Goreng satu ye. Extra pedas
( sebutan "d" tuh disebut dgn slang english gitu)Kah Kah Kah
Memang takde kerja kan?
Well, cerita kali ini bermula apabila, di pagi Ahad seawal 5 pagi, panggilan tandas memanggil sayup sayup kedengaran menggoncang kedinginan tidur. Yea, berjaya mengOsongkan perut walau keadaannya sangat t
i d a k b e s t . Lalu lantas dicapai komik dan terus memabaca untuk membunuh masa yang buhsan itu. FacebOok, internet? arghh semuanya buhsan.
Kebiasaannya pagi ahad, keluarga akan pergi makan pagi. Tapi pagi ahad kali ini tidak. Janie terperuk di bilik setelah mandi menanti panggilan ibu atau ayah untuk makan. Tapi masih tiada berita. Yang diketahuinya selepas itu adalah...ibu dah ayah pergi ke ceramah motivasi di surau
(belakang rumah aja). Kebuhsanan, kebingitan, kepeningan, kemiagrain-an. Apa boleh buat? adalah menonton TV dgn kakak sambil bergoyang kaki menahan perut yang lapar.
Iklan
"Apabila Mula lapar? Perut pOn berbunyi la ye sayang???"
" mee maggi cepat dimasak, sedap dimakan "
* pelik, mane dtg suara halus iklan nih (^__^)
Hurmp seperti kejadian yang lain, refleks badan kita akan bergerak mengikut tindak balas. Apabila lapar, kita perlu makan. Untuk makan, kita perlu makanan. Untuk mendapatkan makanan, kita kena pergi dapur. Maka....ke dapur la Janie tuju.
Bukak peti sejuk nampak? Nasi kosong . Tutup balik
Bukak Peti sejuk nampak? Sambal belacan. tutup balik
Pergh padanan tak menarik langsung.
Bukak peti sejuk nampak? Air kosong. Tutup balik
Bukak peti sejuk nampak? Idea .
Lalu operasi memasak berlaku . ehem ehem..tengok kaki la der ~! .
15 min membuat onar di dapur...maka terhasillah "Nasi goreng planta" oleh chef Azhani.
Dialog Sampingan:Janie: Yaa.. turun makan. Nasi goreng planta.
Kakaknya Alia: wah nasi goreng planta. Nak awak masak kene buat awak lapar dulu yea? hahaha
Janie: * merenung TV dan meneruskan makan *
Soalan?:
Sedapkah nasi goreng planta itu?
Jawapan:
Saya tak pasti. Tetapi nasi tu laju dimakan oleh saya dan kakak saya. Namun ia juga boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor .
1/4: fator kelaparan. Kami memang sangat lapar
1/4: Nasi itu memang sedap
1/4: Si kakak hendap mengambil hati saya lalu..menunjukkan minat terhadap nasi itu
1/4: Sudah lama tidak makan masakan saya sendiri . Teruja .. Auw
Diakhirnya...
" Nasi itu digoreng
oleh Azhani Ali pada hari ahad (sambungan kepada tajuk) "