Monday, June 29, 2009

. Saying Good Bye .

5 comments

Janie mulakan post ini dengan status incek nakal di facebook

"pertemuan adalah sesuatu yg dirancang.. perpisahan adalah sesuatu yg tak diduga.. al-fatihah buat ARWAH DZULFARIDH @ PISANG [ k10 - UPM ] yang kembali ke rahmatullah.. salam takziah dari kami buat keluarga arwah.. al-fatihah.."


Arwah yang Janie kenali sebagai "Payed" tanpa disedari telah pergi meninggalkan semua orang yang menyayangi beliau. Pada jam 5.45 petang, Isnin ( 29 Jun 2009) sedang Janie online dihadapan TV tetibe YM janie berkelip-kelip tanda msg dari Neneng. Neneng yang menyampaikan Janie berita tentang kematian Payed. Pada mulanya macam tak percaya jer sebab dalam 3 minggu lepas Janie baru jer chat ngan Arwah. Selepas dapat berita, Janie terus telefon Jiha. Tetapi apa boleh dikatakan, kene akur dengan apa yang terjadi. Jiha menyatakan bende yang sama. Jiha cakap Arwah masok hospital Selayang pada t.hari dan meninggal pada pukul 5 petang hari yang sama. Jiha cakap, Arwah meninggal sebab kuman masuk paru-paru beliau. Hati sebak la jugak walau Arwah payed nih jenis kawan yang suke menyakat Janie namun die baik.

Janie kenal Arwah melalui Jiha. Arwah suka menyakat Janie and Jiha. Dulu masa semester satu selalu chat ngan arwah kat YM. Namun masok semester 3 jarang chat, masing-masing pon sibok. Teringat dulu Arwah pernah teman melayan kerenah Janie nak makan putu mayam kat kedai mamak. Dia je la yang tengah tak sibuk pagi tuh, so Arwah la yang teman Janie. Selepas itu, kiterang dah tidak berjumpa. Hanya kadang kadang bertegur di YM. Kemudian sempat jumpe beliau time RUGBY interkolej itupon sempat dia nyakat Janie dan Jiha. Then, the last time jumpe Arwah adalah ketika Jiha mintak Janie teman die tengOk ja'a terbangkan kapal terbang ciptaan mereka dekat padang depan Kolej Censelor. Ja'a dan Allahyarham Payed adelah kosmate so kompem la dia ada jugak. kat situ . Time tuh pon, sempot borak kejap jer pastu tak jumpe dah. Selepas itu, berita terkahir Janie dengar pasal Arwah adalah ketika beliau dimasukkan ke Hospital Serdang atas kes otak beliau dimasuki kuman.

Teringat 3 minggu lepas Janie YM dengan Arwah. Janie tanye "payed, ko ok tak nih?" ...Dia balas "aku ok" .Janie teruja melihat Arwah Payed online sebab tak pernah dengar berita tentang beliau selepas beliau kuar dari hospital. Masa Chat, Arwah ada kat UPM, so Janie ingat nak jumpe die selepas habis kerja (praktikal), tapi tak sempat sebab kawan diadatang secara tetibe. Janie cakap kat Arwah, bukak semester nanti la baru lepak and borak-borak, namun rasanya Janie tak mungkin dapat berjumpa beliau lagi.....


Kini, yang tinggal hanyalah memori.



Gambar ini, Allahyarham Payed Yang amik secara Candid.



Sunday, June 28, 2009

. orange shoe .

5 comments
Its all started with a YM Conversation between Janie & Rinie.......

_______

Rinie: Aku ade belikan kau kasot oren dari kelantan rituh

Janie: Really? Mane kau tahu size kaki aku

Rinie: Aku tatau kau muat ke tak .

Janie: memacam la kau nih..takper la Jumaat kite lunch same..

Rinie: Ok~!

_________

So, on Friday we meet Up. We have our lunch getaway at "Bangi Kopitiam". Its been awhile since the last time we spend our lepak session there. Newey, Did I get the Orange shOe? Yeay and even more.I got a lots of fOod stuck in my perOt. Hahaha Rinie started to oder mcm gile and she came out with ayat like " aku oder ikot nafsu la...". We laugh at the menu since the name is kinda "pelik"..its like "cendol ali kutty". What the hell is kutty means?? ...Enough, Lets the picture do all the talking...


Me before nak kuar umah..have to go to pejabat pos dulu.



Ini Mee Cik Rinie



This Is Mine



Ini CIk Rinie Yang Oder



Rinie Yang wat muke tak bersalah main themes HP



Keropok Leko tuh Rinie yang Oder gak



Rinie Melantak...As you can see.. Tuh cendol "ali Kutty"



And This is my New Orange ShOe...

Yeay, Key chain Kasot Upernyer.. Adush~! Ingat KAsot bebetOl. My Mom dah gelak when I told her about the shoe. Coz I though is was a real shOe la untuk pakai Jalan. Hadoi~! and ayat rinie yang di tambah mase dlm kereta rituh " memule aku ingat nak ckp kat ko yang aku beli kasot crocs oren tok ko" ...rinie, pandai wat suspen...hampeh ko.




To Rinie. I know u'll be reading this on monday morning at ur office,...hahahah newey, bukak la facebOOk woi!!!

Sunday, June 21, 2009

. Perpisahan .

1 comments




Dear Blog,

Apa itu perpisahan?
Perpisahan itu terjadi bile kite kene jauh dari seseorang itu atau tempat?Atau perpisahan itu hanya ungkapan "selamat tinggal" atau "bye-bye". Atau perpisahan itu bila kita memutuskan sesuatu ikatan dan tidak menoleh kembali?

Entah~!

Orang kata perpisahan itu sesuatu yang menyakitkan. Betol ker?

Mungkin betol, dan mungkin salah. Perpisahan boleh disebabkan untuk menjadi sesuatu yang lebih baik dan mungkin juga untuk meneruskan kehidupan. Tapi...kenapa bila perpisahan yang melibatkan emosi jer yang sentiasa menyakitkan? Mungkin ker perpisahan emosi bersifat perpisahan yang jahat????

Entah~!

Kenapa orang itu harus berpisah?

Untuk memulakan sesuatu yang baru? Betol ker? atau tipu? Atau itu hanya alasan semata-mata untuk melarikan diri dari sesuatu??? Atau mungkin perpisahan ini memang perlu untuk menjadi seseorang yang lebih megah dan terbilang?

Entah~!



Dear bLog,

Hari Jumaat Janie mengucapkan perpisahan. Perpisahan kepada warga JKJR. Selame 8 minggu Janie menghabiskan masa belajar bende baru, mengenali muka baru, mencuba sesuatu yang baru dan menguji diri sendiri di tempat yang baru. Banyak kenangan yang tak dapat diungkapkan denga kata-kata atau tulisan. Tiada ayat yang mampu menggantikan secantiknya kenangan. Hanya mampu menyimpan dengan cermat dalam kotak hati yang kecil ini.

Ucapan perpisahan Janie bukan untuk menyakiti sesiapa. Ucapan perpisahan untuk meneruskan kehidupan. Tempoh Janie di JKJR telah tamat. Namun ucapan perpisahan ini bukan untuk selamanya. Janie masih akan kembali. Ucapan perpisahan ini bukan untuk memberhentikan semua hubungan......tidak terlintas untuk memutuskan namun cuma hilang dari pandangan dan hanya mampu berdoa jika diberi peluang dapat bertemu kembali...

Perpisahan Janie kali ini membawa satu perubahan besar dalam hidup. Dan Janie patut berbangga dengan perubahan tersebut. Menjadi seseorang yang berbeza. Menjadi seorang yang bangga menggatakan "Janie mampu buat....". Siapa sangka, dengan bersendirian Janie menempuh hidup praktikel tanpa teman dan rakan. Menepuh kehidupan baru selama 8 minggu di tempat baru dan kini berpisah dengan bangga, dengan ilmu, dengan perkara baru, dengan harapan..... Ye, "Janie mampu buat ..." ...

Perpisahan tetap perpisahan. Namun apa dihati, takkan dapat dipisahkan. Diakhirnya, Terima Kasih JKJR.



Hari Kene present Depan pegawai Kat JKJR (Bile balIk nih)



6 set of Pizza Janie Banje warga JKJR.

Friday, June 19, 2009

. Love shuffle .

0 comments

Its Gonna Be a great j-dorama!!!!Cant wait to watch it .....(harap bersabaq)

Sunday, June 14, 2009

. Memori Kita .

2 comments
Tersergam indah bangunan 2 tingkat yang menyingkap seribu kenangan. Kenangan pembelajaran selama 3 tahun tersemat indah menyingkap saat-saat pahit dan manis bersama rakan seperjuangan. Zaman dikala kebebasan pertama melangkah keluar dari pandangan ibu bapa. Langkah pertama untuk belajar erti kehidupan sebenar. Langkah pertama setelah 11 tahun memakai pakaian seragan berbaju putih dan berkain biru. Kehidupan anak remaja yang asyik mencoret kehidupan mereka sendiri bersama teman baru, persekitaran baru dan juga cabaran yang baru.

Kehidupan yang dilalui amat sukar digambarkan dengan kata-kata. Sesekali angan-angan jauh merantau masa kembali ke zaman tersebut dan lalu tersenyum. kenangan yang manis, kenangan yang pahit semua ada. Semua berkumpul menjadi satu. Kenangan dimana bermula dengan demam selama seminggu untuk membiasakan diri dengan kehidupana baru, dan berakhir dengan senyuman dihari konvokesyen.

Kini, kehidupan baru mendatang. Pelbagai perubahan dirasakan. Ada rakan yang pergi , ada rakan yang masih menemani. Namun, dalam hati setiap mereka akan tetap tersimpul satu memori yang sama. Iaitu memori bergelar pelajar DIPLOMA PEMBANGUNAN MANUSIA. Dengan ini Janie hendak menjemput semua warga Diploma Pembangunan Manusia, UPM menyertai kami di "Group Diploma Pembangunan Manusia" di facebOok.

Group ini baru ditubuhkan. Segala perbincangan tentang gathering, sharing gambar lama, video lama dialukan. Diharap penubuhan group ini dapat merapatkan hubungan yang kian menjauh. Biar jauh dimata, tapi dekat dihati. Ada masa, kita berjumpa. *insyaallah, Amin *

JOIN US <-Klik Klik



Thursday, June 11, 2009

. Aku, Jalan Raya, Mengajar .

4 comments


Anda rasa saya layak kah untuk menjadi seorang pengajar?? Tak kisah la, yang penting nih nak mengajar sedikit sebanyak tentang Jalan Raya. MAri menjadi budak darjah 3 dan mengikuti kelas yang tidak berbayar ini dan serta dipenuhi dengan lukisan yang comel belaka.



















Korang rasa seronok tak belaja tentang Jalan Raya? Ini dinamakan Road safety Education (RSE) atau dalam BM nya Pelajaran keselamatan Jalan Raya (PKJR) yang kini diterapkan sebagai sisipan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah. Bermula dengan tahun lepas, darjah satu telah diperkenalkan dengan pengajaran ini. tahun ini disusuli pula dengan darjah 2 dan seterusnya.

Menarik tak? agak la, dulu takde pulak kita di ajar mcm nih. Tentu seronok kan? Tapi semua bergantung kepada cikgu yang mengajar. Kalau seronok cikgu yang mengajar, maka seronok la aktiviti pembelajaran tentang keselamatan Jalan raya nih. Semua ini diharap dapat menyumbang untuk mengurangkan jumlah kematian yang disebabkan oleh Kemalangan Jalan Raya.

Mengapa janie wat post sebegini? Sememangnya dah pening mengadap modul tuh dan membaca modul. So, ape lagi? berposing la dengan modul, budjet cikgu alam maya..hehehehehe

. Si gadis berbaju Emas .

4 comments
Seorang gadis berbaju kurung pahang berwarna emas berjalan dengan penuh sopan ke pejabat. Dengan bersarungkan sepatu tinggi, terdengar bunyi hentakan "ketak, ketuk" di tangga menigiringi si gadis. Setiba di pejabat, kelihatan pejabat kosong, sekosong masjid pada waktu pagi. Hanya beberapa warga pejabat sahaja yang telah tiba. Si gadis berbaju emas meneruskan perjalanan ke tempat duduk beliau. Senyuman dilemparkan kepada setiap warga pejabat yang dilihatnya. Hari ini si gadis harus menggantikan pekerja yang cuti. Walaupon hanya si gadis hanya berpraktikal sahaja, namun beliau tidak menolak tanggungjawab yang diberikan. Sesampainya di tempat duduk, si gadis berbaju emas terus menjalankan tugas, supaya tiada yang tertangguh. Surat disediakan, semuanya di kemaskini supaya apabila ketuanya datang semua telah tersedia.

Kelihatan Ketua sampai sedikit lambat berbanding hari biasa, mungkin letih berpesta cuti selama dua hari membuatkan beliau liat sedikit untuk bangun pagi. Namun si gadis bangga kerana semua yang dikehendaki oleh ketua telah disediakan. Terdapat mesyuarat pada pukul 9.30 pagi dan 3 petang. Si gadis telah dapat mengagak bahawa pada ketika itu akan berlaku sedikit kebuhsanan. Namun, dengan pemikiran yang panjang, si gadis terus mencari kerja lain yang dapat mengisi kekosongan itu.

Dan beberapa ketika, si gadis menyandang sebuah beg yang dipenuhi oleh oleh buku dan file yang harus diperiksa. Muka si gadis gembira memandangkan harinya tidak lah akan begitu buhsan seperti yang disangka. Sedang si gadis duduk mengemas meja duduknya, si ketua tiba dengan kemasnya memakai baju batik. Si gadis menyambut dengan senyuman dan memberikan segala dokumen yang diperlukan dan dokumen yang harus ditanda tangani oleh si ketua. Segala mesyuarat diberitahu kepada ketuanya agar ketuanya peka terhadap jadualnya pada hari ini. Setelah semuanya selesai, si gadis tersenyum kerana tugas yang harus di laksanakan pada pagi itu telah tamat. Si gadis duduk bersandar dan kemudia, si gadis tersenyum mencoretkan sesuatu di blog beliau sambil berkata " baju nih menyerlah la..kompem taknak pakai gi keje lagi".










__ Agak bangang post kali ini?? Agak la. hati tengah gelak gumbira.

Monday, June 8, 2009

. Suka - Rela - wan .

0 comments
For two days, I'm volunteering for sukan wilayah. At first work as runner, end up recording result. Pening at first, but then manage to be Pro in it...siap dapat pujian lagik~!.There's so much to say..but to tired to type. Let's make picture do all the talk.....what eva, its was so much fun and I learn a lot abOut olahraga and make new friends.....

Event : Sukan Wilayah (olahraga)
Date : 6 & 7 June 2009
Location: MSN, Bukit Jalil








. Satu minggu .

0 comments
Selame seminggu Janie berPraktikel di MIROS. Miros merupakan agensi terkahir yang janie JKJR hantar janie untuk menghabiskan masa untuk seminggu. Miros, agensi penyelidikan yang berkerja sama dengan JKJR dalam mejalankan penyelidikan tentang keselamatan Jalan Raya. Banyak “benda” yang dapat dipelajari. Beberpa orang baru dikenali seperti En.yuoff, dr faudzi, dr iskanadar kaka as tuti, kak sykin dan berjumpa denga teman-teman UPM seperti serai dan maryam. Happy?? Happy jugak la. Masa terasa pantas berlalu. Banyak dapat tahu pasal RSE ( Road Safety Education) yang kebetulan Dr Iskandar tengah jalankan penyelidikan tentangnya. Ada juga masa spend untuk berborak dengan En.Yusoff tengtang pelbagai bende seperti peyelidikan yang sedang dijalankan, fungsi Miros dan pelbaga lagi. Ada jugak edisi membuat perutusan, edisi bermain facebOok, edisi fotostat workboOK dan sebagainya. Kenangan yang tak mungkin dilupkan. TQ Miros.

Maryam ada tempah cuPcakes tok kawan die...EnjoY tengOK gamba... suke gile die bila dah dpt cupcakes....Janie pon teruja jer tengOk.Rasa macam nak makan jer...hehehe

Thursday, June 4, 2009

. secawan kopi .;

1 comments
Me And Incek kangkang (at shah alam)


Hidup kita banyak ragam, banyak rasa. Namun semua itu akan menjadi satu. Menjadi sesuatu yang menjadikan diri kita itu sebagai "kita". Kita ada zaman hitam kita, pengalaman yang taknak kita ungkapkan lagi satu pengalaman yang biasa kita gelar "sejarah Hitam". Hidup pon ade pahitnya. Kenangan Pahit yang sentiasa diingati dan mungkin menjadi bahan tawa dimasa hadapan. Kenangan yang unik dan hanya kita yang merasakannya. Namun begitu hidup juga ada manisnya. Satu kenangan dan pengalaman yang mampu membuatkan hati berbunga-bunga, tersenyum sendirian, bagaikan diri melayang diawangan.Kalau boleh, Janie nak cakap diri kita macam Secawan Kopi. Ada hitam, Gelap, pahit, pekat dan ada juga manisnya. Semuanya bercampur menjadi satu rasa. Rasa yang memberi satu ketengan. Satu rasa yang menjadikan kita Unik. Seperti juga rasa Kopi yang dimana campuran yang menjadikan Kopi lain dari air yang lain.

Dan disini.............Janie menghirup kopi yang hampir habis sambil termanggu merenung kenangan-kenangan masa lampau yang ada manisnya, ada pahitnya dan ada hitamnya...Seperti juga kenangan Praktikel yan tanpa disedari dah hampir ke penghujung minggu ke-6. Ada lagi 2 minggu sahaja. Banyak kenangan yang dilalui sepanjang praktikel dengan JKJR. Banyak tempat, persekitaran dan juga muka baru yang dikenali. Walaupon begitu, ada satu yang tetap sama.........iaitu, Air kopi yang sering kali menjadi peneman disetiap perjalanan kehidupan praktikel Janie.
















.........................................................dan diakhirnya, Kopi dihirup sebagai penutup.


___Oi mana old town white coffee...ngidam neyy




Monday, June 1, 2009

. feel the moment .

0 comments
First off all, I just wanna say that, I'm now at MIROS for a week. Yeay yeay praktikel la..ape lagi....but please share this moment with me.....


TOTALLY BORED!!!


hahahaa TQ =)