Thursday, February 19, 2009

.Skema.

11 comments

Menurut Gambar diatas, Kelihatan Janie sudah bertuka jadi skema. Sedih kan? Katapon student. Akibat banyak membaca dan mengadap KOmputer, mata-mata telah rosak dan harus dilengkapi dengan cermin mata.... Ohw craP~! itu cermin mata pinjam...hehehe

Agak-agak menarik x bila berkaca mata?Terase mcm nenek pon ade gak. Haih~! what eva, topik nak dikatakan adalah, adakah cermin mata menggambarkan seseorang itu skema ataupon ulat buku?Kebiasaannya, orang memakai kaca mata ini dikaitkan dengan seorang yang pandai, rajin dan sebagainya... mengapa ek?

Ada ke teori mengatakan sedemikian? tak pernah Janie jumpe plak?. Tapi bila menyarung jer cermin mata kompem Janie ckp "gile skemaa aku nih..". Mengapa statement itu dilemparkan? telah menjadi lumrah masyarakat kot yang bila memakai cermin mata, anda dicOP skema?. Apa kata anda? ..

Taknak skema, amik cermin mata obOt nih PLak













Ketika Ini...........
Mood: Blur amat
Mendengar: Bunyi aircond


Tuesday, February 17, 2009

. Barangan Lama .

2 comments
Tetiba Janie di hinggap penyakit "dengar lagu lama" ..there were couple of songs that I keep oN listen to for about almost a month . Layan gak la...but lagu yang totally berjaya mencuri hati Janie kembali adalah lagu ini

V.E -Kerna Sayang



Lelagu lain yang didengar adalah seperti
- Cant Take My Eyes Over You
- Say A little Pray For You
- Lelagu dari PINK, TLC
- All My Life
- Lelagu Dewa
- Standing In the Eyes Of The world
- Alif Ba ta Dunia Ku
- Bla...Bla...Bla

Bagi Janie, lelagu lama ini membawa kenangan yang tersendiri. Dengar lagu lama terkenang memori yang berlaku ketika lagu itu femes satu ketika dulu. Tanpa disedari, senyuman terukir di bibir ..... (^_____^)


Guess what? While I'm browsiNg Youtube, I found this Video. At first, I found the singer looks really familiar..penat fikir mane pernah tgk, sinetron ape die belakon. Then it hit me ...Gadis nih la belakon cite sinetron kat Tv2 Tajuk cinderella. Cute giler

Cinta Laura - Ohw baby

Sunday, February 15, 2009

. UNO .

6 comments
Ok, sepanjang 2 Minggu Exam, memang tension and boleh membuatkan Janie and kengkawan agak biol. So? ape yang kiterang buat adalah...............................main UNO card.





Agak best Main UNO nak tahu kenapa?
1. Hilang tension kejap
2. Merapatkan hubungan antara kawan
3. Dari membazir duit wat aktiviti lain
4. Boleh keluar cerita-cerita hanggat dan panas
5. Boleh main bakar-bakar line ( adegan nak matikan kemenangan pihak lain)
6. Boleh main susun strategi ( untuk memastikan org lain x menang)
7. Boleh wat kecoh (hahahhaha)
8. Boleh melihat reaksi serius, ketawa, muke kesian .....
9. Boleh bergelak ketawa dengan bebas
10. Boleh lupa masalah lain dan hanya bergumbira.

Geng main UNO nih pon lebih kurang orang yang same jer iaitu
1. Azhani Ali
2. Nurul Hazami
3. Norazuni
4. Nur Azreen
5. MOhd Haris

Nih geng advokasi la nih. Cume Haris tersekat...die suke sikit join kiterang menggila.Mungkin geng UNO ini akan bertambah kot? sebab mahadi rituh main sekali mcm nak jOin lagi jer? *wink* *winK*. Papepon, game-game mcm nih bagus untuk merapatkan hubungan. Lagi layan kalo dpt main kat taman, ade makanan ringan, duduk bersila dalam bulatan. Pergh sure terangkat Buntot la main. Newey, Miss my geng Uno Sesangat. Well, who knows with only RM 2 (harge kad uno), we can have such a great time .










Ketika ini .......
Mood: Bergolek-golek malas diatas katil
Mendengar : Perhaps..perhap..perhaps - CAKE

Friday, February 13, 2009

. Membuat Keputusan .

10 comments
Telah lame Janie tak mencoretkan sesuatu kat blog ini. Mengapa ek? Masa kurang? Mungkin..2 Minggu berhadapan dengan exam, bebetOl memeningkan kepala. Sem ini first time amik subjek minor so memang tekanan perasaan juga. Ingat senang jer minor ini, tapi kalo dah kene tibai essay jer and subjek psikologi..and setiap subjek psikologi tuh semua dari perspektif yang berbaza..memang agak bengOng gak otak nak shift- shift dari Subjek "otak dan tIngkah Laku " yang dok memehati Otak, komponen otak, fungsi otak, biopyschology otak, nuropsychology.. kepada teori motivasi, intrinsik factor, insentif dalam bermotivasi, archivement, flow theory...then tuka pula pada subjek advokasi yang menceritakan kes-kes mahkamah, hak-hak kanak-kanak, pengangkatan anak, anak tak sah taraf.... ohw my 2 weeks agak serabut dan tekanan. I think my brain need a rest. Susah jawab memang la.. A big Thanks to Zaimie!. Berbaloi memilih untuk membuat study group method dengan beliau, dari belaja sengsorang. Terasa tadi telah membuat pilihan yag betOl. Ini kerana banyak perkara yang kami bincangkan tadi dan input masok sangat banyak. Setelah input banyak masok, tibe time menjawab soalan, berhadapan pula dengan membuat keputusan utnuk memilih jawapan. Salah atau betOl itu belakang cerita...namun, apa yang dah diketahui telah diluahkan dalam exam itu dan berharap telah memilih jawapan yang betOl.

Sesungguhnya kehidupan kita takkan lari dari membuat keputusan. Dalam masa 2 minggu Janie berhibernasi dalam dunia blog ini, banyak perkara yang memerlukan Janie membuat keputusan selain menjawab periksa lah. Contohnya membuat keputusan bila nak study? bila nak discussion, bila nak makan, bila nak menyumpah pak guard yang menyaman kereta Janie dan sebagainya ( ohe ye..Janie kene saman oleh pak guard UPM RM 50 ..tekanan Gile OK! ). Berhibernasi dari dunia blog juga adalah satu keputusan yang Janie pilih , tapi itu disebabkan hendak menambah waktu mengulang kaji. Kesemua itu keputusan kita untuk bertindak.

Membuat satu keputusan itu samada kecil atau besar, ia akan membawa impak terhadap kehidupan kita. So? eloknya kita membuat keputusan dengan keadaan yang bebas dari tekanan, emo, perasaan marah, keadaan yang bising dan pelbagai lagi yang boleh mengganggu rasional kita untuk berfikir. Ada pendapat mengatakan wanita ini lebih emo dalam membuat keputusan? betOl ker? *soKOng*. Tidak dinafikan itu, sebab itu dikatakan talak di letakkan di tangan lelaki dan bukan perempuan. Namun ada juga lelaki yang jenis panas baran yang keadaan itu boleh mempengaruhi cara beliau membuat keputusan. Walau apa-apa pon, terdapat cara-cara untuk membuat keputusan. Bermula dari pada mengenalpasti permasalahan, kumpul data......bla.bla..bla............ hingga memilih keputusan (cara-cara penuh itu dalam buku membuat keputusan Janie.malas nak usha balik..). Walaupon terdapat step-step nak membuat keputusan, tapi JAnie terasa orang akan selalu praktikkan. Ini kerana terdapat beberapa perkara yang kita perlu membuat keputusan dengan respon yang cepat. Takkan masa tuh nak amik pen, senaraikan masalah, memikir indikator itu, punca itu, ..memang membuang waktu la. Namun diketika keadaan itu berlaku, ke-rasional-an kita perlu lah tinggi agar dapat membuat keputusan dengan baik.

Bukan apa Janie menulis tentang membuat keputusan. Ini semua kerana beberapa keputusan boleh dikatakan bersar telah Janie lakukan dalam masa 2 minggu ini. Namun apa yang diharapkan, ia mendatangkan pulangan yang lumayan. *Amin* . Apa yang boleh dinyanyikan ketika ini adalah ....." Lucky I'm In lOve With My best Friends......"- Jason Mraz & Colbie Caillate

Tekanan Exam, sampai atas meja pOn jadi











Ketika Ini....
Mood: MengantOk yang amat sangat
Mendengar : Lucky - Jason Mraz + Colbie Caillat

Wednesday, February 4, 2009

. Love Is Made For Me & You .

4 comments

"A LIFE without LOVE is no LIFE at all"

Kata-kata diatas diambil dari shout out Mimi kat friendster. Disini bukan nak menyatakan siapa salah, tapi terase pernyataan itu tak patut....(Sorry mimi). Love is so subjective. Tanpa Love atau cinta kita masih punya kehidupan. Kita tak perlu memperlihat Love itu hanya untuk kekasih..tapi cinta kepada keluarga, rakan, ilmu dan yang paling penting Cinta Kepada Agama & Allah S.W.T.

Kelmarin, Janie + Mimi + Kak Onnet + Azreen spend time makan and lepak at mamak before kelas advokasi pada malamnya. We chit chat about "finding love". Perbincangan atau topik itu terkeluar hasil dari adegan Janie nak membersihkan pemikiran Azreen dalam menilai satu peruhbungan. Letih juga membasuh mindanya yang terlalu ingin kesempurnaan. Berbuih mulut Janie melemparkan kata-kata seperti.... " Kau jangan mencari orang yang sedap dipandang...cari lah orang sayang kita"..... " Jangan terlalu nak judge orang...dan jangan selalu berpikiran negatif.." ......" tak semestinya kita harus suka orang dalam kadar yang cepat..kenali la dorang dulu "...dan pelbagai ayat lagi. Sekarang emosi Azreen sudah stabil selepas kene basoh "kaw kaw" kelmarin. (Jangan marah, aku sayang kau weih...)

Mungkin sebagai seorang remaja yang sedang menjalani proses menjadi seorang gadis ingin rasa disayangi dan dicintai oleh seseorang yang bernama lelaki. Namun, tak perlu lah anda berasa kecewa jika tidak mendapatinya. Bersyukur dengan apa yang ada. Berkawan lah selagi termampu, mungkin pada masa akan datang ..mereka la jodoh anda. Jodoh pertemuan di tangan Allah S.w.T, Setiap persatu, ada pasangannya. Oleh itu kita harus mencari dengan penuh sabar.

Berbalik pada pernyataan Shout out mimi, Tanpa cinta kita masih boleh mempunyai kehidupan. Mungkin kehidupan yang berkisarkan masa depan yang lebih sempurna. Kehidupan yang menmperlihatkan kita sebagai seorang yang berjaya. Kehidupan kita boleh diteruskan dengan mempunyai insentif hidup yang lain dari cinta. Seperti yang Janie belaja tadi, Inisatif ini dorongan luar yang mempengaruhi seseorang itu bermotivasi. Kalau insentif kehidupan kita memilih utnuk bercinta, sorry to say la, sure frust menonggeng la kalo break up. So, insentif yang kita pasang untuk kehidupan juga perlulah yang positif dan kearah kebaikan. Kerana Ia menjadi titik permulaan kepada kehidupan yang kita sedang corakkan.

Kepada para lelaki dan juga wanita, jangan terlalu mementingkan gambaran luaran sahaja. Rungkai dulu personaliti dan sifat dalaman pilihan memasing dan carilah yang terbaik. Senang cerita, " Kalau semua orang pilih yang cantik, yang hodoh nak champak Maner? Kalau semua pIlih Yang hensOm, Yang Tak hensOM nak camPak mane?" ..Kestabilan perlu ada ..sebab tak semua yang chantik itu, kualitinya bagus (^______^)








Ketika ini........
Mood: Letih yang amat, kurang sihat
Mendengar: Kerana Wanita - Ada Bands