Tuesday, September 15, 2009

. Rayamodenisasi .


In anothe 4 days we all gonna celebrate raya. Dicorong - corong radio, lagu raya kerap berkumandang meluluhkan hati yang kian rindu kepada suasana hari raya yang dahulu. Keseronokkan menyambut raya ketika kecil amat bermakna, sehingga bila tamat raya, tak sabar menanti raya seterusnya...tapi kini, tidak lagi. KENAPA EK?

Well, tahun nih tiada beza dengan tahun-tahun yang lepas. Dikala semua rakan dengan girang menyandang beg menaiki bas untuk pulang ke kampung, Janie pula menOkak dagu di fakulti melihat keadaan yang semakin sepi. Seperti tahun lepas, raya disambut dekat rumah juga, Bangi. Sesambil memerhati gelagat kawan-kawan yang bersemangat raya, terase diri ini amat buhsan, kerana bagi Janie, tiada lagi perasaan raya di dalam diri . Suasana hari raya dirasakan sesak dengan kehadiran tanggungjawab sebagai student yang bila difikirkan amat stress sekali...sempat juga membuat jadual raya yang berbunyi begini (bualan dengan rakan-rakan kelas)
" Aku raya pertama, balik aa umah cousin kat Rawang, then g Kem bukit kemtOmen umah pakcik aku...Raya kedua tatau pergi Melaka ke tak..tapi kompem...raya ketiga, ngadap PC balik la gamaknya.."

Perbualan kecil itu disusuli dengan gelak tawa rakan..namun ketika itu Janie tidak la membuat lawak sebenarnya. Semua itu adalah realiti sebenarnya. Sambil bergelak ketawa ade mamber menyatakan.. " pagi raya tuh kang sempat lagi bukak facebOOk tuka status raya sebelom semayang raya weii "..kami bergurau lagi. Namun, pernah terfikir tak itu semua adalah lumrah kita sekarang ini? Cakap aja facebook, siapa yang takde? even mak & ayah janie pon ade facebOOk. So bukan mustahil jika suasana raya kita dipenuhi dan diwarnai oleh TEKNOLOGI.


Teknologi merubah semua corak budaya kita sekarang ini. Sedar tak sedar kita tak dapat berenggang dengan teknologi. Janie akui, Janie pengguna teknologi yang amat TEGAR. Ulang suara "AMAT TEGAR". Time raya sendiri, semua pakat dok main SMS jer. SMS raya berjela-jela dapat time raya nanti. Time puasa pon ape kurangnya, sampai sahur pon ade yang sms "selamat sahur" atau "selamat berbuka". Agaknya, 15 tahun dulu pernah ke kita nak angkat tepon umah dail umah kawan and wish "selamat sahur", mahu kene pelempang dengan mak bapak kite kan? hahaha but itu lah keistimewaan teknOlogi.


Dengan teknologi, anak - anak yang belaja kat Oversea boleh la berhubung dengan parents yang berada di Malaysia nih. Dapat jugak melepaskan rindu dan menunjukkan kat maka bapak yang dowang sihat kat oversea sane. Dengan penggunaan internet boleh la student sane main "webby" dengan parents & adik beradik kat Malaysia nih. Sesambil tuh boleh la adik-adik kat Malaysia nih wat kerja jahat makan ketupat & rendang yang sedap dpn webby tuh saje bagi yang kat oversea sane mengidam (haha sape soh study luar??? yeah done that!maaf siapa yang terkena)


Namun, teknologi jugak yang menghakis budaya kita. Jika dulu perasaan nak dapat kad raya tuh memang gembira betOl la. Siap lumba dengan mak, abah, kakak semua tengok siapa dapat kad raya paling banyak. Tapi sekrang nih, dapat 1 kad raya pon dah boleh lompat-lompat keriangan ( which tahun nih mmg tak dapat langsung laa). Yelah, bagi kad raya tahun lepas kene kondem "hek eleh janie...SMS sudey... 1sen je kot?? budjet laa". Memang memberi kad raya agak mahal dan leceh berbanding SMS. Namun budaya memberi kad raya itu lebih kurang seperti identiti raya juga sebenarnya seperti ketupat dan rendang sebagai makanan utama hari raya...... Dan kini sedikit-sedikit semakin terhakis....


Teknologi jugak merubah budaya kita menghayati raya. Tengok je la now nih, bila beraya berapa orang yang betol-betol beraya tanpa asyik membalas SMS, bermain internet di hp atau bercakap hp?. Nak bermesra dengan saudara mcm mane tuh? Dok berkepit ngan hp?. Baik serupa takyah raya. Beraya je la dengan Hp tuh lagi bagus ye tak?. Tak payah gi umah sedara, SMS jer sedare tuh tanya kabar...apedehal kan?. Then habes credit guna la duit raya untuk tOpup hahah (cakap orang..Janie pon same gak ..hahahah kan dah kate pengguna teknologi TEGAR). Program TV pon now nih makin hebart, memikat hati orang jer dengan menyiarkan cerita yang best best. Dari sepatutnya kita beraya, end up dOk tengOk tv je la .... Tak mustahil, suatu ketika nanti akan ada zaman dimana bila raya tak payah kuar rumah...semua beraya guna webby jer kot? Siapa tahu?. Tak Payah ade ayat " weih...nanti datang raya rumah aku ye..." ..Nanti guna aja ayat ..." Raya nanti online YM/skype, Kite webby..open conference " ..........persoalan dihati.


Well, itulah perubahan yang terpakse dihadapi bila hidup dalam dunia globalisasi dan teknologi. Nak mengelak tak boleh, nak terlalu menjerumuskan diri pon tak boleh. Balance kene ada untuk tidak hanyut dan terus menghilangkan budaya. Cuma kini Janie dah terase sedikit kesannya, harap diri tak cepat lupa akan budaya. Just hOpe dibulan Syawal ini dapat la berjumpa saudara dan rakan untuk menyambung tali silaturahim yang terputus sekian lama akibat kebusyan hidup. Harap jugak raya nih mampu siapkan assignment yang tertangguh tanpa melibatkan pergerakkan seperti menarik rambut, dan aktiviti gila yang lain akibat tension.


Akhir kata.....
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin




** Janie rindukan suasana raya dahulu "Harga Sebuah Hari Raya"


0 comments:

Post a Comment