Friday, February 13, 2009

. Membuat Keputusan .

Telah lame Janie tak mencoretkan sesuatu kat blog ini. Mengapa ek? Masa kurang? Mungkin..2 Minggu berhadapan dengan exam, bebetOl memeningkan kepala. Sem ini first time amik subjek minor so memang tekanan perasaan juga. Ingat senang jer minor ini, tapi kalo dah kene tibai essay jer and subjek psikologi..and setiap subjek psikologi tuh semua dari perspektif yang berbaza..memang agak bengOng gak otak nak shift- shift dari Subjek "otak dan tIngkah Laku " yang dok memehati Otak, komponen otak, fungsi otak, biopyschology otak, nuropsychology.. kepada teori motivasi, intrinsik factor, insentif dalam bermotivasi, archivement, flow theory...then tuka pula pada subjek advokasi yang menceritakan kes-kes mahkamah, hak-hak kanak-kanak, pengangkatan anak, anak tak sah taraf.... ohw my 2 weeks agak serabut dan tekanan. I think my brain need a rest. Susah jawab memang la.. A big Thanks to Zaimie!. Berbaloi memilih untuk membuat study group method dengan beliau, dari belaja sengsorang. Terasa tadi telah membuat pilihan yag betOl. Ini kerana banyak perkara yang kami bincangkan tadi dan input masok sangat banyak. Setelah input banyak masok, tibe time menjawab soalan, berhadapan pula dengan membuat keputusan utnuk memilih jawapan. Salah atau betOl itu belakang cerita...namun, apa yang dah diketahui telah diluahkan dalam exam itu dan berharap telah memilih jawapan yang betOl.

Sesungguhnya kehidupan kita takkan lari dari membuat keputusan. Dalam masa 2 minggu Janie berhibernasi dalam dunia blog ini, banyak perkara yang memerlukan Janie membuat keputusan selain menjawab periksa lah. Contohnya membuat keputusan bila nak study? bila nak discussion, bila nak makan, bila nak menyumpah pak guard yang menyaman kereta Janie dan sebagainya ( ohe ye..Janie kene saman oleh pak guard UPM RM 50 ..tekanan Gile OK! ). Berhibernasi dari dunia blog juga adalah satu keputusan yang Janie pilih , tapi itu disebabkan hendak menambah waktu mengulang kaji. Kesemua itu keputusan kita untuk bertindak.

Membuat satu keputusan itu samada kecil atau besar, ia akan membawa impak terhadap kehidupan kita. So? eloknya kita membuat keputusan dengan keadaan yang bebas dari tekanan, emo, perasaan marah, keadaan yang bising dan pelbagai lagi yang boleh mengganggu rasional kita untuk berfikir. Ada pendapat mengatakan wanita ini lebih emo dalam membuat keputusan? betOl ker? *soKOng*. Tidak dinafikan itu, sebab itu dikatakan talak di letakkan di tangan lelaki dan bukan perempuan. Namun ada juga lelaki yang jenis panas baran yang keadaan itu boleh mempengaruhi cara beliau membuat keputusan. Walau apa-apa pon, terdapat cara-cara untuk membuat keputusan. Bermula dari pada mengenalpasti permasalahan, kumpul data......bla.bla..bla............ hingga memilih keputusan (cara-cara penuh itu dalam buku membuat keputusan Janie.malas nak usha balik..). Walaupon terdapat step-step nak membuat keputusan, tapi JAnie terasa orang akan selalu praktikkan. Ini kerana terdapat beberapa perkara yang kita perlu membuat keputusan dengan respon yang cepat. Takkan masa tuh nak amik pen, senaraikan masalah, memikir indikator itu, punca itu, ..memang membuang waktu la. Namun diketika keadaan itu berlaku, ke-rasional-an kita perlu lah tinggi agar dapat membuat keputusan dengan baik.

Bukan apa Janie menulis tentang membuat keputusan. Ini semua kerana beberapa keputusan boleh dikatakan bersar telah Janie lakukan dalam masa 2 minggu ini. Namun apa yang diharapkan, ia mendatangkan pulangan yang lumayan. *Amin* . Apa yang boleh dinyanyikan ketika ini adalah ....." Lucky I'm In lOve With My best Friends......"- Jason Mraz & Colbie Caillate

Tekanan Exam, sampai atas meja pOn jadi











Ketika Ini....
Mood: MengantOk yang amat sangat
Mendengar : Lucky - Jason Mraz + Colbie Caillat

10 comments:

  1. aku tau apa keputusan yang mengubah hidup ko tu hehehe.amin ya rabbal alamin

    ReplyDelete
  2. miahahahha gelak dgn jahatnya...wahahaha

    ReplyDelete
  3. hep2..lama ilang..~smoga
    dpt result yg baek utk
    exam nie..~

    ReplyDelete
  4. syg
    pegi la enjoy watching GENG
    seronok
    have fun babe
    xtau bler nak blk

    ReplyDelete
  5. hye janie..
    ingat x saye hehe..
    jumpe jugak di blog hehe..
    rindu la..
    wah exam smpi jadik cam gini hea..
    saba hea janie..;))
    go go caiyok..

    ReplyDelete
  6. janie!
    gambar vandalisme yg ditangkap oleh bella!
    waa~~
    telah diedit!
    =)

    ReplyDelete
  7. ahhaha a'ah la bella...lupe hang y amik pic tuh

    ReplyDelete
  8. smpai aty hg lupa..
    ish,ish..
    kiki..
    janie,pasni x dpt slalu jmp janie da
    =(

    ReplyDelete