Tuesday, January 31, 2012

. Waktu Yang Tertinggal .

0 comments



Pernah merasakan bahawa kita kesuntukan masa?
Pernah merasakan bahawa kita sering membazir masa?
Pernah merasakan bahawa 24 jam itu sangat cepat ?
Pernah merasakan bahawa ketika kerja waktu berjalan sangat cepat?


Iya iya la.
persoalannya semua pasal waktu.
semua orang pertikaikan soal waktu.
Ada yang kata "waktu mencemburui " la
ada yang kata " lambatnya wakut bergerak"
ada yang kata " umpama waktu yang terhenti"


Namun tak pernah seorang pon bersyukur apa adanya (pergh mcm tajuk post sebelum nih)
kita bertuah masih diberikan waktu oleh Allah S.W.T
tapi kita masih nak mempersoalkannya. Kenapa?
Sebab sifat manusia... yang tak pernah puas.
wahai diri, walaupon sukar melakukannya...
mari mencoba untuk bersyukur
................ dan menghargai Waktu yang tertinggal




.

Monday, January 30, 2012

. Syukur Apa Adanya .

0 comments
Assalamualaikum....

Well walau lambat nak update, but hey~! Semester is over.
Although the semester dah over, I have to thumb in & out everyday
Kata dah terikat kontrak dengan SGS as a GRF kan? ape nak buat
Anyway, this semester agak extra tired and stress.
Walau dah tak fulltime kerja, namun stress study tuh meninggi.
Glad that I resgin and have full focus on study.
Wanna know why? coz amik 2 subject yang mcm " urghhh"
one is statistic & another one is Organ communication


Statistic susah sebab pengiraan.
serius mcm nak gila study for it. Pengiraan manual untuk anova, t-test semua
worst part sebab kene reka hipotesis la, buat summary la..
bila time exam jer cuak coz takut salah tekan kalkulator la
since nombor die jgn cakap la banyak gila..
so Its kinda stressfull


Organ communication pulak susah sebab ape ek?
mungkin sebab lecturer die yang sangat particular kot? In a gOod way la
but still time nak masok exam cuak gile.
Have to answered 3 essay in 1hour and half
memang tak cukup masa and really push our brain to the limit la.



Alhamdulillah ,
both subject manage to get good result.
cume not that happy with this other subject.
Bile subject die agak kucar kacir, the lecturer pon kinda dunno what his teaching
what we as the students supppose to react?
there is no spesific guideline for assigment and there were several funny moment when he
reading the slide and said " eh saya pon tak paham "
and there one time I ask him 1 question about a theory
what he replied? "saya tak pasti la, saya tak tgk slide lagi"
OMG! as a lecturer to Master's Students for me he must be prepared.
Hey at that moment, I think I know that particular subject more than him
He must know what he's teaching and must have knowledge kan?
So to get A- for that subject its kinda sucks.
not only me, the whole class pon stress kot.


harapan 4flat musnah coz that subject.
But based on the tittle, Syukur apa adanya ...
ohw hahaha lupa one best part. Subject tuh jugak yang kuar result lewat 2minggu
stress tunggu result satu hal. everyday like more than 10 times check result
then bile dapat result, mcm tuh pulak kan?
now cube korang rasa apa kami satu kelas rasa...
he he he rimas kan?
but hey... Syukur apa adanya :)



yeah terlepas geram juga saya .

Thursday, January 26, 2012

. Aku Tidak Hebat .

3 comments



Aku tidak cantik, aku tahu
Namun aku cukup apa adanya untuk kamu memandang dengan senyuman


Aku tidak punya tubuh menawan, aku tahu
Namun aku cukup anggota, dan tiada cacat celanya


Aku tidak tinggi seperti model, aku tahu
Namun aku cukup tinggi untuk mengesat airmatamu jika kamu menangis


Aku tidak pandai bermanja, aku tahu
Namun aku cukup senang mengeluarkan kalimah-kalimah Allah untuk mendoakan kesejahteraanmu


Aku tidak pandai bergaya, aku tahu
Namun aku cukup puas dengan adanya tiap helaian kain yang menutupi badanku


Aku tidak begitu cerdik, aku tahu
Namun aku cukup berbangga kerna aku punya ilmu dan tidak sesat dalam kegelapan


Aku tidak gagah, aku tahu
Namun aku cukup kuderat untuk membantumu bila diperlukan


Aku tidak Hebat, Aku tahu
Namun aku terima seadanya, kerna tiada yang lebih hebat dari kekuasaan Allah S.W.T.




Ya Allah S.W.T ,
Aku bersyukur. . . .




psst: kelihatan saya gunakan gagah & Hebat .. haha cik Gagah & Gadis Hebat sile la bangge seketika

. Mahkluk pelik kepunyaan saya .

0 comments
Hello, Hye
I'm Hani .



Actually this is just a simple post
about mahkluk pelik kepunyaan saya.
yerp! saya memiliki beberapa mahkluk pelik
sepanjang beberapa tahun ini.
Ia tidak la pelik mane,
cuma saja saya panggil mereka mahkluk pelik.



1. Mr. PotatoHead


ye sekarang memang galak Hani kan bersama Mr.PotatoHead
siap ade fan page lagi. (ok sile like : KLIK SINI )
Macam mane leh tergolong dalam senarai mahluk pelik nih?
actually I nak asah skill buat vid.
so I need something to play around while recording la.
so terjadi la fenomena Mr.POtatoHead yang mana
tetibe gila gila ambil gamba, kesana kemari bersama


2. Mr.Bek Bek



This is watak lama
sesiapa yang kenal saya since diploma & degree
pasti akan tahu kisah incek bek bek dan saya.
mahluk pelik nih sentiasa ade dalam kereta kancil saya
dan die sentiasa menawan dan menawan hati org pada masa yang sama :)



3. Pengembala Kambing dan Isteri



Ini baru tak la baru sgt.
Dalam 3 Tahun kot?
since balik dr AbuDhabi memang dah ade.
Isteri pengembala kambeng ni pemalu siki tak segalak suami die
mereka suka berjoget bersama incek bek bek
ketika saya memandu. Entah kenapa kan dorang joget?



4. bOt bOt



Ini baru. dan telah rosak
Sebenarnya ini adalah kipas.
it come in handy bile dekat kenduri atau tempat yang panas
memang simpan kipas nih dalam beg.
baru beli dah rosak. Kenapa?
sebab anak buah bukak tanpa disedari..
so bende tuh jadi panas sampai xleh guna dah.. sian.
tapi beliau masih berada di dalam kereta


5. Mr.Jay



Since boT bOt dah rosak,
I bought Mr. Jay.
Galak gile ambil gamba Mr.Jay nih.
Cool gile kot dengan muke bengis beliau
memang mahkluk yang pelik betol.




Dalam ingatan.....


Mr.Bighead.



Ini kipas pertama saya beli
entah kemana ia menghilang.
memang totally mahkluk pelik bin ajaib.
datang dan pergi begitu sahaja.
haih nasib. But really miss u Mr.BigHead.



Actually kesemua mahkluk pelik ini
ada kegunaannya.
bukan sengaja beli (eh mmg sengaja beli sebab mereka comel)
tapi beli dengan sebab la.
namun, tahap comel mempengaruhi.



newey anda ade mahkluk pelik?


.

Thursday, January 12, 2012

. Assalamualaikum 2012 .

0 comments
Hello. Hye ..


Assalamualaikum 2012.
sorry dah lama tak jengok blog.
didnt have the mood to write
walaupon galak ber-twitter or F-Booking.
so here the first post for year 2012..

I keep wonder how my first post
for year 2012 gonna be...
dah 3 draft buat but hardly hit the "post" button .
so what eva pon .. below is a photo.
photo of few events happen in year 2011.




yea yea yea..
London, paris, new cammy, new anak buah ..
jadi student master, my sister kawin, mr. potatohead...
and the best part is... I found LOVE.
Yeah year 2011 ended.
hOpe in year 2012 gonna be much better insyaallah. *Amin*



ohw!! lupa..
new phone :P

Monday, December 19, 2011

. Gatal Tangan .

0 comments
Hello, Hye
I'm Hani


Its been awhile kan?
serius tahi tatau nak update ape kat sini
been busy for the past one month
sampai dah tak reti nak menulis disini.


Yeah~!
bermcam macam terjadi
beberapa luka dibadan dikenalpasti
bermalam-malam telah ditempuhi
namun masih tatau ape nak menulis disini.


ok~!
itu saja tunggu la ade mOod nanti
I'll update everything wokey :)

Wednesday, November 16, 2011

. Story of, Radit ♥ Jani .

0 comments

You know that I've to change my nama samaran
from Janie (Jani) to Hani rite?
and yeah... I'm still adjusting
but memang tak berkesan la.
Still gelarkan diri "jani" and people still call me "jani" .
Apa nak buat kan?


Newey,
back to the topik...
Ape kes Radit ♥ Jani nih?
Official my love story ker? *teeetttttt*
totally not !



Radit ♥ Jani
merupakan satu filem indonesia.
Si Azman tweet the link and mention me.
Ok ! serius nak gelak.
memula ingat Jani nih nama lelaki ..
but walahhh~! sekali Jani dalam filem nih perempuan.
Nama penuh if tak silap Ajani . hahaha
seperti menyebut my name dalam bahasa jawa..



what eva pon,
Below ade part 1 of the movie.
part 2-12 ... pepandai la browse ye :)
di ingatkan , perwatakan Jani dalam filem tersebut
jauh menyimpang dari perwatakan saya.
just saying ok ! .
newey, the best part bile Jani sebut
"Aku cinta kamo bodoh " hahah siot kan?
tapi cerita nih macam realiti kehidupan tau.
selamat menonton .



ohw, newey ....
Hello, Hye
I'm Hani



Tuesday, November 8, 2011

. London & Paris Part 2.

0 comments



Hello, Hye
I'm Hani


Selseai membaca "London & Paris Part 1" ?
kalau belom sila la membaca di sini - London & Paris Part 1
ok dah tamat cerita london, kita sambung cerita Paris pulak
tapi serius saya malas mencoretkan warkah.
simple-simple saja la ye :)
and seperti biasa, kami meredah Kota Paris hanya berpandukan,
Application "Lonely Planet" from our ipod .




Hari 1 . Hallo Parisss

Hari pertama memang kire "burn" jer la.
sampai dah petang, carik hotel dan terus bOom !
tido akibat keletihan merayap di London .



Hari 2 . Jalan-Jalan Paris

Hari kedua merupakan hari dimana
kami target nak tour Paris sebanyak yang mampu ..
so? ape lagi? Naik train dan berjalan-jalan la kami di Kota Paris.
First stOp? Eifel Tower...



Seperti yang dirancang,
Hani berbaju kurung di Eifel yaw ~!
Gadis berbaju kurung tawan Eifel .
Style kan?




Next? we spend masa pergi Notre Dame



Then? Kami naik cruise.






Bila tiba malam?
Kami ngap ngap Maggie cepat dimasak, sedap dimakan




Hari 3 . Long walk in Paris

Ini merupakan hari terakhir kami tour Paris
Sekali lagi, Naik train merayap di kota Paris.
First stop? Arc de Triomphe





Next ? Kami jalan menyusuri Champs Elysees Avenue
OK ini perjalanan yang jauh ...
jalan-jalan sampai la ke Place de la Concorde ...





Selepas beberapa keping gambar diambil,
kiterang teruskan jalan ke destinasi seterusnya iaitu Jardin des Tuileries





selepas penat pusing-pusing,
kami naik train jalan-jalan cari masjid.
Masjid yang kami jumpe kene buat 2 pertukaran train ok!
tapi it worth it .


After Sembahyang Maghrib & Isyak,
kami teruskan perjalanan balik Ke Station Gare Du Nord
menjalani malam yang sejuk " sleepless night"
then esoknya seawal 4 pagi kami dah menaiki tarin untuk kejar fligh pulang





Kesimpulan trip ke Paris nih nampak simple...
tapi Paris sangat CANTIK ok !
dan sepanjang perjalanan, kami mmg banyak berjalan.
memang sakit kaki tapi worth it la.
memang syok habes trip walau 3 hari jer.



For more photo, view my facebook . "Paris, I'm In Love "




Tuesday, November 1, 2011

.jalan-jalan carik food edisi Bangi .

4 comments


Hello, Hye
I'm Hani


Berbicara tentang makanan or nama englishnya "food"
apa yang penting bagi korang?
Makanan yang sedap or lokasi yang menarik?
hurmpp??? cant decide?


Well,
for me both pon penting .
good food for a happy tummy
good environment for a happy mind
extra noted, for me kat mane nak makan pon penting coz..
I used to eat alone, by myself... so ??
Hani suka lepak makan tempat where I can sit alone,
bukak lappy or main my hp without org pandang pelik .
Hani tak suke org pandang dengan pandangan yang kesian tgk Hani makan sorang
and that's the reason why I love to lepak at coffee shop.


but whateva la...
I just nak promote this one place at Bangi
Nama die kedai itu adalah??? *drumroll please* ...
"Wadihana Islamic Kitchen" .
like I said, good food, good environment + good menu ( menu die ade gamba chef hi hi hi)
most of the food here sedap okeh .
my favorite always will be ceaser salad.
can you guys imagine , Hani boleh terbayang salad die time kat Paris haritu.
and as soon flight touch down kat Malaysia.. I was like craving for it.
Alhamdulillah, selepas 3 hari mengidam dapat jugak makan salad tuh .


Tapi,
bukan hanya salad jer sedap..
my sister suka nasi goreng SWIK ...
my supervisor suka die punya Soto..
and the mushroom soup was nice ..
cume sedey bile tahu onion soup dah takde .. *tears*




Hey,
come and have a try.
Location die dekat-dekat iceroom tuh..
you can definitely google it coz mmg banyak info pasal kedai nih ade dlm internet
if sesat apa kata you guys give me a call and I'll bring you there..
but ehem ehemmm banje la Hani Salad ye.. *jOking*


Well,
Wadihana Islamic Kitchen nih if tak silap (ok mmg tak silap pon)
ade bukak satu kedai baru near that area jugak
"trattoria" something mcm tuh la name kedai die .hehehe (sorry kalau salah)
but it more to western food rasanya .
dunno sangat since tak pernah pergi.
Perasaan nak singgah tuh ade.. tapi kaki tak tergerak..
will be going soon since my supervisor kata sana pizza die sedap :)


Ohw something to share
I'm starting to panic rite now.
there's so many things need to be done and I have a little time.
serius wei... the list of things to be done makin panjang
and I'm stuck with exam, thesis....
haih~! will story more on what been happening to me in next post *insyaallah*
but now, I'm couting days for my next trip to have a plate of Ceaser Salad Yummeh ~!



Ini Mushroom Soup die . Yummeh


Ini gamba hari lain. Bukan hari sama spt gamba diatas.
mmg nmpak menyelerakan kan?



.

Saturday, October 29, 2011

. London & Paris Part 1 .

1 comments
Hello, Hye
I'm Hani


Sebenarnya ada seorang kawan Hani yang bernama Cik Carrot
menyuruh Hani menulis memori trip Hani ke London & Paris.
Memula serius malas nak mampos, tapi disebabkan blog nih dah berhabuk,
so, Hani mengambil keputusan untuk menggerakkan tangan menulis post ini.

**Kat sini sikit jer gamba akan dipost . Untuk lebih banyak gambar, usha my photo album di facebook ye ( https://www.facebook.com/aniely86 )




Pengenalan



Trip ini dah di plan bermula sejak tahun lepas 2010, ayahnda telah membelikan tiket ke Paris.
Pada mulanya, trip ini disetai oleh 5 orang,
tapi disaat akhir, hanya 4 orang (Bonda, Ayahnda, Papa Li dan Hani)
Kami hanya beli tiket tanpa sebarang tour. Ini kerana kami merancang perjalanan kami sendiri.
Perjalanan kami secara keseluruhannya adalah begini (Paris-London-Paris)
Disaat pengembaraan ini berlaku, udara di Paris dan London agak sejuk
dan ia merupakan musim luruh (autum luruh kan?)
Tak lupa, bebanyak terima kasih kepada "lonely planet" di download dari ipod
Tanpa ia, perjalanan kami tak dapat dirancang dan boleh sesat .
(Apa itu Lonely planet? diakhir post akan diterangkan)



Pengembaraan



Hari 1 . Perkenalan 4jam bersama Paris .

Perkenalan boleh dimulakan dengan ,
satu pebuatan dan juga satu perkataan.
Begitu juga perkenalan Hani dengan Paris.
Setapak kaki memijak tanah Paris,
Sepatah kata "hello" diberikan..
satu perkenalan diikat .


Alhamdulillah,
selepas 13 jam dalam flight Air Asia X,
kami selamat sampai di bumi Paris lebih kurang jam 10.30 pagi.
Bergerak dari airport Orly, kami bergerak ke station denfort.
Di station Denfort, kami naik train ke station Gare Du Nord.
Di sana kami naik Eurostar (bullet train) menuju ke London .



*Dari airport ke station denfort ke station Gare Du Nord, kami naik kenderaan awam
such as bus, train . Kenapa tak naik teksi? Mahal & papa li ckp, satu teksi hanya utk 1 beg. Kami
4 orang and ade 5 beg . OK do the math .




Selepas 2 jam lebih perjalanan bersama Eurostar,
kami selamat tiba di Station St. Pancras , London .
sekali lagi pekenalan di mulakan .
Kali ini, setapak kaki memijak tanah London,
sepatah "Hello" diberikan .
Salam kenal Kota London .



Setiba di London,
Kami berjalan kaki menyusuri jalan-jalan London yang sibuk.
beberapa blok dilalui ditemani peta dari "lonely planet" ipod,
kami mencari satu destinasi, iaitu pusat kereta sewa "AVIS"
perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-40minit .
perjalanan tidak terasa buhsannya kerana Kota London
seaakan berbeza dengan Malaysia.
Menikmati kesejukan udara, menikmati keindahan bangunan lama,
menikmati kesibukkan kehidupan penduduk Kota London,
Hani tersenyum. Ini benar-benar satu perkenalan yang menarik


Selepas mendapat kereta sewa yang telah ditempah,
perjalanan diteruskan ke rumah transit Malaysia di Heatrow city.
ok! kami dapat rumah ye. 3 bilik, 1 ruang tamu, 2 toilet, 1 dapur .
Seronok! kami boleh masak, dan Hani boleh bergolek di bilik sendiri.
Selepas beberapa jam bergolek dan merehatkan diri,
Kami pergi ke Tesco untuk membeli beberapa barang untuk masak.
Adegen pergi Tesco, driving balik rumah, masak, berbual sambil tengok TV ,
serius! terasa cara kehidupan jika duduk di London.




Hari 2: London, Kau Indah .

Waktu Subuh masuk lebih kurang jam 5 pagi,
Bangun, Masak, Makan, Bersiap ....dan terus memulakan perjalanan.
Keindahan Kota London mula dirasa.
Seawal jam 8 pagi, Kami tiba di Reading University.
Kenapa? Kerana bOnda dan ayahnda hendak mengimbau kenangan lama.
Yerp. Mak meyempurnakan Master beliau di Reading University.
dan ketika itu, ayahnda kerja di London.
Bonda sempat melawat hostel lama yang sekarang tengah renovate.
beberapa gamba di ambil, dan kemudian kami teruskan perjalanan.




Memandu lebih kurang 2jam,
Kami sampai die StoneHenge.
Stonehenge nih secara ringkasnya la kan,
beberapa batu besar yang agak misteri.
Bagi Hani la kan, ianya misteri sebabnya ..
Ia didirikan lebih kurang pada 2500 BC.
cuba bayangkan, kedudukan batu-batu besar tuh,
zaman itu, mana ade teknologi canggih untuk angkat batu-batu tu betOl tak?
beberapa lagi info tentang stonehenge ini . korang boleh google la ye
atau klik jer "Stonehenge"






Selepas melawat StOnehenge,
Kami meneruskan perjalanan ke Bath City.
History of Bath City nih Hani tak tahu menahu pape. bace je la sini "Bath City" .
Seriusly, Hani ikot jer. Tapi serius cantik giler.
Berjalan di Bath City nih memang sesak dengan manusia.
Ada yang bershopping, berjalan-jalan, menonton nyanyian, makan..
Banggunan sekitar Bath ni semua oldskool jer. Menarik sangat .
Kat sini memang banyak kedai untuk shopping dan ambil gambar.

Link



Selepas penat melilau di Bath City,
Kami terus menuju ke "Swindon" .
Kat sini lebih kurang mcm banyak Designer Outlet la. klik "Swindondesignoutlet"
Part kat sini memang best la kan (^____^)
Hani sempat beli beberapa baju sampai kaki letih nak menapak dah ~!
Tiada gamba dapat di ambil sebab terlalu sibuk masok setiap kedai.
Di pintu-pintu kedai semua nak letak 50-70% off. ok rambang !
Hampir 3 jam kat sana, kami sepakat untuk pulang sebab hampir maghrib.


Malam menjelma.
Selepas selesai makan, berehat ... Kami keluar untuk menikmati bandar London.
Kehidupan malam di Central London dihayati.
Menyusuri "hot spot" Kota London seperti :-
Leicester Square, Piccadilly Circus, China town..
sampai tak termampu nak mengangkat kaki untuk berjalan lagi.
Namun, berpuas hati dengan ronda malam Kota London.
Banyak gelagat manusia dapat diperhatikan.
Ada yang melepak bersama kawan, bermesra dengan kekasih dan ,
ada yang hanya melepak menonton persembahan oleh artis jalanan.
Malam di Kota London, penuh warna dan meriah .





Hari 3: Hello red Boot .

Pejam celik, dah hari ketiga.
Walau kaki dah tersangat letih, tapi hati masih cekal dan teruja
London masih mahu dijajah . Dan hari ketiga, "Bicester Village" di tuju.
apa ada kat bicester village nih? Ia merupakan salah satu lagi Designer Outlet.
Pelbagai designer shop ada kat sana. Teratur susunan kedai dia.
dan disana juga Hani mengucapkan dan memulakan perkenalan dengan "Boot Merah ".
Ayah saya belikan saya sepasang boot merah from Clarks. Sumpah suke
Ohw tidak lupa, kat sini juga ade prayer room. Bagus kan?.






Selepas habis almost 4 jam dekat sana,
Kami pergi lagi ke Kota London.
Masih berjalan-jalan dengan girang menyusuri lorong-lorong kota yang sibuk
Tapi kali ini kami dengan satu tujuan iaitu menjajah kedai-kedai di Oxford street
Tapi kami sempat jajah Mark and Spenser jer sebab busy jalan-jalan tengok kedai-kedai lain.
dan lagi, saya shopping jugak kat sana . tapi tak banyak mana la sebab usha harga jer.
Sebab mengetahui, esok akan datang situ lagi ( ho ho konon kire budjet)







Hari 4 : 15 jam terakhir di London.
Ia merupakan hari terakhir di London.
Selepas siap mengemas beg, kami pergi memulangkan kereta.
Selepas pulangkan kereta, kami buat "last shopping moment"
Kali ini kami berjalan menyusuri jalan lain pula..
so dapat la melintas "hyde Park" dan menikmati pemandangan Kota London dari sisi lain.




Setibanya di Oxfort Street, mata dah rambang.
Semua kedai nak masok .. memang banyak kedai di masok pon
Siap berhenti beli key chain bas & telephone merah tuh lagi.
Masa berjalan amat pantas sampai tak sedar hampir jam 3 ptg,
dan harus meninggalkan Kota London untuk menuju ke Paris.
dan perjalanan terakhir ini amat unik sebab kami amik subway train
untuk pergi ke destinasi .. ( pengalaman beb naik subway, terasa mcm org London dah)





Jam 4ptg, kami tiba di Station St.Pancras.
Bergegas menuju ke check in Eurostar dan meneruskan perjalanan ke Paris.
Hani melihat kebelakang, dan mengucapkan terima kasih kepada Kota London
sungguh indah kenangan bersama walau hanya 4 hari,
namun perkenalan ini membawa memori indah.





Pengembaraan di London Tamat
For Paris trip, kene tunggu the next post soon ;)




Lonely Planet Application from Apple .



Ia merupakan satu application yang Hani download sejak tahun lepas
Masa tuh travel guide untuk Paris & London tengah free. Now mmg kene bayar la.
So, application ini mengandungi peta, perkara-perkara yang boleh dilakukan,
Tempat-tempat yang harus dilawati , sedikit kisah tentang lokasi tersebut
dan juga setiap tempat tuh nanti die bagitau subway train paling terdekat.
Application ni jugak ada jugak tinggalkan tips untuk tiap lokasi yang disarankan.
memang bagus la application ni.




Ketika ini ...
Menguap adalah perkara paling enak (^___^!)





.